SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP MUFTI JOHOR, PENGARAH JAINJ DAN ILLI NAJWA SADDIQUE


DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Illi Najwa Anuar Hussein Saddique, yang melangsungkan perkahwinan dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar pada tahun lalu, yang menimbulkan kontroversi. 


Mengiringi bersama, Mufti Johor, Dato' Haji Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Dato' Haji Md Rofiki Shamsudin yang turut mengadap Baginda Tuanku Sultan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada hari ini (18 Mac). 


Pada pertemuan bersama DYMM Sultan Johor, Dato' Mufti Johor turut mempersembahkan hasil siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berhubung status perkahwinan dan keagamaan Illi Najwa bersama pasangan. 


Dato' Haji Yahya berkata, siasatan secara menyeluruh telah dijalankan oleh JAINJ dan mendapati Illi Najwa masih Islam. 


"Pihak JAINJ telah memanggil Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain dan keterangan juga diambil daripada mereka. 


"Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau (Illi Najwa) juga hadir bersama kami untuk mengadap Baginda Tuanku Sultan," katanya kepada Royal Press Office (RPO). 


Pada Disember lalu, DYMM Sultan Johor menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama wanita berkenaan yang dilaporkan berkahwin dengan Kapten Hoki India. 


DYMM Sultan Johor bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Johor, Baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.


Dato' Haji Yahya berkata, pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses. 


"Tiada ada apa-apa masalah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai," katanya.


#sultanjohor

#royalpressoffice

#johor

SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP MUFTI JOHOR, PENGARAH JAINJ DAN ILLI NAJWA SADDIQUE SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP MUFTI JOHOR, PENGARAH JAINJ DAN ILLI NAJWA SADDIQUE Reviewed by admin on 00:26 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list