Eksport Getah Catat RM 40.97 Bilion, Tertinggi Dalam Sejarah



PUTRAJAYA: Sektor komoditi getah negara mencatatkan jumlah eksport tertinggi dengan nilai eksportnya pada tahun lepas mencecah RM 40.97 bilion menerusi produk getah Malaysia.


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, industri sarung tangan getah negara mencatat prestasi memberangsangkan tahun lalu disokong permintaan yang tinggi oleh sektor perubatan dan kesihatan seluruh dunia, dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.


“Walaupun negara serta dunia berdepan dengan penularan wabak COVID-19 pada tahun lalu, namun kesannya telah memberi impak positif kepada sektor hiliran getah terutama industri sarung tangan getah apabila prestasi eksport barangan getah Malaysia sepanjang tahun lalu telah meningkat sebanyak 75.6 peratus berbanding tahun 2019”.


Jumlah keseluruhan eksport ke Amerika Syarikat (AS), pasaran terbesar produk getah Malaysia melonjak hampir 79 peratus kepada RM12.96 bilion tahun lalu daripada RM7.25 bilion.


Pasaran utama lain eksport produk getah negara yang menyaksikan peningkatan memberangsangkan dalam eksport seperti Kesatuan Eropah (EU) sebanyak 101 peratus, Jepun (64 peratus), United Kingdom (157 peratus) dan China (82.4 peratus).


Bagi meningkatkan lagi sektor getah negara, Kementerian akan memberi tumpuan terhadap pengeluaran susu getah (lateks) menerusi Projek Koridor Lateks Pantai Timur (KLPT) yang akan dilaksanakan di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.


Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2021 memperuntukkan RM16 juta untuk menubuhkan KLPT bertujuan meningkatkan hasil pengeluaran getah di negara.


Eksport Getah Catat RM 40.97 Bilion, Tertinggi Dalam Sejarah Eksport Getah Catat RM 40.97 Bilion, Tertinggi Dalam Sejarah Reviewed by admin on 22:55 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list