Mahkamah Persekutuan memutuskan Rosliza Ibrahim bukan Muslim



Putrajaya: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan wanita berbapakan Muslim dan beribukan bukan Muslim diisytiharkan sebagai bukan Muslim.

Panel sembilan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan Rosliza Ibrahim tidak pernah menganut Islam.

Dalam membenarkan rayuan Rosliza, Tengku Maimun berkata, tiada bukti wanita itu yang dibesarkan ibunya yang beragama Buddha sejak kecil pernah menganut Islam.

Rosliza memfailkan saman pemula pada 2015 bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau dilahirkan sebelum bapanya yang beragama Islam dan mendiang ibunya, yang beragama Buddha, berkahwin.

Dia mendakwa bahawa beliau bukan seorang penganut agama Islam danMahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya.

Pada 22 Jun 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman pemula itu dan rayuannya juga ditolak Mahkamah Rayuan pada 25 April 2018.

Pada 20 Januari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Rosliza untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu berhubung dua isu perundangan yang perlu diputuskan mahkamah.


Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2021/02/671489/mahkamah-persekutuan-putuskan-rosliza-ibrahim-bukan-muslim


Mahkamah Persekutuan memutuskan Rosliza Ibrahim bukan Muslim Mahkamah Persekutuan memutuskan Rosliza Ibrahim bukan Muslim Reviewed by admin on 21:33 Rating: 5

2 comments

  1. Betul dia bukan muslim..... Moga allah beri dia hidayah

    ReplyDelete
  2. Dia rela nk masuk neraka..j hakim bertanggungwb mengkafirkannya.Moga Allah bgi hidayah kpd mereka.

    ReplyDelete

Recent in Recipes

3/Food/post-list