Akses Sugarbook telah disekat SKMM

.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengambil tindakan menyekat akses ke laman sesawang Sugarbook hari ini.


Ia dilakukan susulan kenyataan pihak tersebut yang berjanji akan menyiasat laman sesawang berkenaan.


Satu tinjauan untuk mengakses laman sesawang itu telah dilakukan dan ternyata ia sudah disekat pihak SKMM.


Menurut kenyataan SKMM pada pautan tersebut, laman ini disekat kerana atas kesalahan didakwa melanggari peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Walau bagaimanapun, SKMM sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan perkara itu.


Terdahulu, aplikasi Sugarbook menawarkan perkhidmatan mencari teman antara wanita muda yang digelar sebagai ‘sugarbaby’ dan lelaki yang lebih tua.


Sugarbook menjadi perhatian seluruh negara selepas mendakwa semakin ramai wanita Malaysia terutamanya penuntut di 10 universiti yang menawarkan diri sebagai ‘sugarbaby’ di laman aplikasi itu. K! ONLINE

.

https://www.kosmo.com.my/2021/02/16/akses-sugarbook-telah-disekat-skmm/

Akses Sugarbook telah disekat SKMM Akses Sugarbook telah disekat SKMM Reviewed by admin on 17:49 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list