Sindiket penipuan WhatsApp semakin berleluasa

Kuala Lumpur: Dakwaan kononnya menekan pautan pada status WhatsApp akan menyebabkan data peribadi serta maklumat akaun bank dipindahkan kepada sindiket penipuan adalah tidak benar.


Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos berkata, pautan berkenaan adalah ciri aplikasi berkenaan.


"Apa yang perlu orang ramai tahu adalah jangan sesekali berkongsi kod pengesahan enam digit yang diterima daripada pihak WhatsApp," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Terdahulu, satu hantaran mendakwa tindakan menekan pautan pada status WhatsApp akan menyebabkan data peribadi serta maklumat akaun bank dipindahkan kepada sindiket penipuan tular di media sosial, hari ini.


Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan kewujudan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna.


SKMM dalam kenyataan memaklumkan taktik berkenaan menggunakan pelbagai helah memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan enam digit diterima daripada pihak WhatsApp.


Sumber: Hmetro.com

Sindiket penipuan WhatsApp semakin berleluasa Sindiket penipuan WhatsApp semakin berleluasa Reviewed by admin on 00:00 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list