Pestalotiopsis: Kesan dan pencegahan bagi pokok getah.

Penyakit luruhan daun pestalotiopsis ke atas pokok getah telah mula melanda negara baru-baru ini. Penyakit tersebut telah mula dikesan pada tahun 2017 oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM). Hampir seluruh ladang getah di negra ini terkesan dengan serangan penyakit ini kecuali di Pulau Pinang, Perlis dan Sabah.

Serangan penyakit ini menyebabkan pokok getah mengalami keguguran daun yang ketara tanpa mengikut musim. Penyakit ini dapat dikesan apabila terdapat tompok-tompk berwarna coklat pada daun yang gugur.

Kesan terhadap pokok getah yang diserang penyakit ini akan menyebabkan pengeluaran susu getah atau lateks berkurangan dan kesannya menyebabkan penoreh mengalami kerugian kerana hasil yang getah yang kurang.

Langkah yang boleh diambil bagi mengawal penyakit luruhan daun ini adalah dengan rawatan semburan racun kulat yang mempuyai kandungan aktif sepeti propiconazole, benomyl, chlorothalonil, mancozeb dan propineb kepada daun getah yang telah dijangkiti. Kaedah ini mampu merencatkan pertumbuhan kulat daripada terus merebak.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta agensi kerajaan yang lain masih berusaha until mencari kaedah penyelesaian bagi masalah penyakit ini bagi memastikan pokok getah di negra ini bebas daripada ancaman penyakit bagi membolehkan penghasilan susu getah yang berkualiti dan banyak.
Pestalotiopsis: Kesan dan pencegahan bagi pokok getah. Pestalotiopsis: Kesan dan pencegahan bagi pokok getah. Reviewed by admin on 00:11 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list