Israel terima 40 juta vaksin COVID-19


PARIS: Lebih daripada 40 juta vaksin COVID-19 sudah diagihkan ke seluruh dunia dengan Israel menduduki kedudukan pertama.


Pemantauan AFP menunjukkan, sekurang-kurangnya 60 negara atau wilayah yang mewakili 61 peratus populasi penduduk dunia, sudah memulakan kempen vaksinasi.


Bagaimanapun kira-kira 90 peratus dos diberikan kepada 11 negara.


Israel yang mendahului kempen vaksinasi besar-besaran dengan 2.43 juta dos vaksin sudah diberikan kepada kira-kira 2.12 juta penduduknya atau hampir satu perempat jumlah penduduk.


Sementara 3.6 peratus penduduk Israel sudah menerima dos kedua vaksin.


Negara terbabit memperoleh banyak bekalan vaksin Pfizer yang sebahagiannya dijanjikan untuk berkongsi data impak dengan segera kepada syarikat pengeluar berkenaan.


Seorang pakar privasi menggambarkan pelancaran vaksin itu sebagai 'percubaan terbesar pada manusia pada abad ke-21'.


Amerika Syarikat (AS) mendahului daripada jumlah bilangan dengan memberikan 12.28 juta suntikan terawal kepada 10.6 juta orang (3.2 peratus penduduk negaranya), lebih awal daripada China (yang memberikan lebih daripada 10 juta dos).


Di Eropah, United Kingdom (UK) pula mendahului dengan menjadi yang pertama di benua itu yang memulakan kempen, pada awal Disember lalu.


Sehingga kini, UK memberikan 4.31 juta dos kepada 3.86 juta orang atau 5.7 peratus daripada keseluruhan penduduknya.


Ia diikuti Itali dengan sudah memberikan 1.15 juta dos, Jerman (1.05 juta), negara Kesatuan Eropah dengan secara keseluruhan sudah memberikan lebih daripada 5 juta dos kepada 1.2 peratus warganegaranya.


Denmark mendahului blok itu dengan 2.9 peratus warganya sudah menerima suntikan dos pertama. - AFP

Israel terima 40 juta vaksin COVID-19 Israel terima 40 juta vaksin COVID-19 Reviewed by admin on 23:52 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list