Benarkah? Umat Islam Ditipu Di Tanah Tumpah Darahnya Sendiri


1. Benarkah pelaksanaan RUU355 dan hudud mesti diluluskan di Parlimen? Kalau benar, ini bermakna orang bukan Islam melalui Ahli-Ahli Parlimen mereka boleh menghalang hak umat Islam melaksanakan ajarannya yang syumul. Secara langsung mereka diberi ‘tiket’ untuk masuk campur dalam urusan agama kita? Pernahkah umat Islam diberi ‘tiket’ yang sama sehingga urusan agama mereka cukup terganggu sehingga hari ini?

2. Pindaan terhadap RUU355 dan hudud amat jelas tidak melibatkan non-Muslim. Kedua-duanya didokumentasikan melibatkan umat Islam sahaja. Mahkamah syariah hendak diperkasakan, tiada kena-mengena dengan hal ehwal agama non-muslim. Hudud, rejam, potong tangan; kita nak potong tangan muslim yang jahat; yang mencuri harta orang muslim dan non-muslim. Bukan nak potong tangan non-muslim. Habis kenapa mereka lantang bersuara menentang urusan agama kita, yang hendak dilaksanakan dalam kalangan umat Islam sahaja? 

3. Apa makna dan tafsiran sebenar Islam sebagai agama rasmi negara dalam Perlembagaan? Mustahil sekadar retorik sedangkan kontrak sosial terbukti sejak 60 tahun lalu bukan sekadar retorik. Perlembagaan negara bukan surat pajak gadai. Ia termaktub serentak dengan kemerdekaan negara. Ia bersekali dengan jus soli dan kontrak sosial. Tanah Melayu ini sudah terima non-muslim yang asalnya kaum pendatang sebagai warganegara. Mereka terima segala kemudahan dan perlindungan sepertimana bangsa pribumi terima. Tetapi di pihak umat Islam yang hendak melaksanakan tuntutan agamanya di bawah fasal Islam sebagai agama rasmi sampai ke hari ini belum terlaksana.

4. Solat, puasa, zakat dan haji tak memerlukan sistem bernegara untuk dilakukannya. Semua muslim boleh melakukannya sendiri-sendiri. Tetapi hukum syariah seperti hudud, qisas dan takzir hanya kerajaan boleh melaksanakannya melalui mahkamah, hakim dan segala aparatusnya. Jadi apabila dimaktubkan ‘Islam sebagai agama rasmi Persekutuan’ dan kuasanya pula terletak di bawah Yang Dipertuan Agong dan Sultan-Sultan, maka amat dangkallah hukum yang syumul terhalang di Parlimen. Kenapa mesti melibatkan persetujuan Ahli-Ahli Parlimen non-Muslim? Mengapa mereka dilibatkan dengan urusan agama kita? Dogma apa yang hendak dibohongi kepada umat ini?

5. Sebenarnya kita ditipu kerana mereka memang memusuhi Islam. Mereka tidak akan redha Islam berdaulat. Musuh Islam di dalam negara dan di luar negara akan berpakat dan bantu-membantu dalam segala bentuk untuk menghalang hukum syariah terlaksana di bumi Jawi ini. Lihatlah bagaimana mereka menyambut kemenangan PH tempoh hari. Ucapan tahniah dari gereja seolah-olah Jesus sudah sampai ke Putrajaya, kata mereka bangga. Apa erti semuanya ini kalau tidak datang daripada satu agenda jahat kepada umat Islam di negara kita?

6. Yang paling menyedihkan dan melelahkan kita adalah apabila para munafik dan golongan yang tidak faham ajaran agama sendiri turut mentafsirkan Islam mengikut otak yang sekularis. Ketika berkuasa, golongan ini mampu menafsirkan Islam dalam Perlembagaan dengan betul dan melaksanakannya. Tetapi mereka memilih untuk berdolak-dalih demi rakan politik non-Muslim. Dalam kalangan mereka ini terdiri ahli politik, pakar perundangan dan perlembagaan yang tiada jiwa Islam di dada. Mereka menafsirkan ‘Islam sebagai agama Persekutuan’ mengikut selera dan nafsu rakan-rakan politik non-muslim mereka atas terminologi konsensus. . Sebab itulah walaupun 60 tahun memegang kuasa, mereka tidak pernah meletakkan suatu tarikh untuk melaksanakan hudud. Nak memperkasakan mahkamah syariah pun mereka entah berentah. Mereka mencipta pelbagai alasan sesedap mulut secukup rasa. 

7. Kata orang, sejarah ditulis oleh pemenang. Begitulah juga ‘Islam sebagai agama rasmi Persekutuan’ yang ditafsir oleh pemenangnya. Sebab itu, apabila DAP/PH menang, pertama yang cuba diubah ialah sejarah kemerdekaan negara. Komunis dianggap sebagai pejuang kemerdekaan. Abu Chin Peng yang tiada nilai sekupang dibawa pulang. Begitulah juga apabila BN menjadi pemenang (di mana UMNO duduk bersama-sama MCA, MIC dan 10 lagi parti komponen), ‘Islam sebagai agama Persekutuan’ ditafsir sekadar boleh berpuasa, bersembahyang dan hukum takzir yang ringan-ringan. Bukan tiada mahkamah syariah tetapi wujudnya macam suatu penghinaan. Bidang kuasanya lebih rendah daripada mahkamah sivil. Siapa dapat menafikan bahawa ini suatu penghinaan terhadap Islam yang dikatakan sebagai agama rasmi Persekutuan?

8. In sha Allah, PAS kini telah menjadi sebahagian daripada kerajaan. Persefahaman Muafakat Nasional (MN) perlu diperkukuhkan demi Islam. BERSATU dan NGO-NGO Islam perlu digabungkan sepertimana pernah dirancang. Selepas COVID19 dan PRU15, tiba masanya pemerintah melaksanakan RUU355 dan hukum syariah yang selari dengan ‘Islam sebagai agama Persekutuan’. Dogma penipuan tinggalan penjajah dan musuh Islam perlu dipadam. 


BayangDiAir,
26/1/2021
Benarkah? Umat Islam Ditipu Di Tanah Tumpah Darahnya Sendiri Benarkah? Umat Islam Ditipu Di Tanah Tumpah Darahnya Sendiri Reviewed by admin on 22:02 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list