Sistem Penorehan Getah Automatik


Bagi mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing dan kekurangan pekerja dalam sektor komoditi getah, Sistem Penorehan Getah Automatik (ARTs) telah dicipta bagi meningkatkan kekerapan torehan dan menambah pengeluaran susu getah kepada dua tan sehektar.


ARTs adalah mesin torehan automatik menggunakan mata pemotong berputar berkelajuan tinggi yang mampu menghasilkan torehan tepat dan sekata. ARTs direka dengan sistem kawalan elektronik untuk mengawal mesin operasi mesin tanpa memerlukan kawalan secara manual. Ia dipasang pada pokok dan mampu menoreh secara automatik mengikut waktu yang diprogramkan.


ARTs membolehkan torehan dilakukan pada awal pagi ketika tekanan lateks dalam pokok berada pada tahap tinggi. Ia menghasilkan pemotongan sepanjang 2.5 sentimeter (sm) dan pembuangan kulit pokok setebal 2.3 milimeter (mm) sehari.


Dengan reka bentuk yang mampu bergerak pada arah menegak dan mengufuk, ia membolehkan mata pemotong mirip kepada turutan torehan secara manual. Selain itu, ia beroperasi secara serentak mengikut masa diprogramkan.


Bagaimanapun, ARTs belum mampu diaplikasi secara menyeluruh kepada pekebun kecil berikutan kos yang tinggi. Pihak LGM masih meneruskan kajian bagi mengurangkan kos alatan tersebut bagi memastikan ianya mampu dimiliki oleh pekebun kecil getah di negara ini.

Sistem Penorehan Getah Automatik Sistem Penorehan Getah Automatik Reviewed by admin on 20:38 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list