Sawit Anugerah Tuhan: Khasiat Minyak Sawit Merah


Lazimnya sesetengah orang/individu tidak perasaan minyak masak sawit yang digunakan mempunyai warna kuning dan merah, warna kuning terhasil dari buah sawit warna kuning manakala warna merah terhasil dari buah sawit berwarna merah kemerahan sebenarnya kedua - dua sawit ini mempunyai khasiat yang tersendiri.

Berikut dikongsikan khasiat minyak sawit merah :

1. Membantu dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan
Minyak sawit merah mengandungi asid lemak dan mikronutrien yang larut dalam lemak seperti karotenoid (termasuk pro - vitamin A), vitamin D, E dan K. Asid lemak adalah penting untuk membina membran setiap sel dalam badan anda termasuk tulang, saraf dan otak manakala mikronutrien pula memastikan sel-sel tubuh anda sihat dan berfungsi dengan baik.

2. Mencegah penyakit kanser & melambat penuaan
Minyak kelapa sawit dan produk kelapa sawit secara semulajadi merupakan sumber vitamin E, antioxidant dan tokotrienol. Antioksidan semulajadi ini bertindak sebagai pemasak yang merosakkan radikal bebas oksigen dan dihipotesiskan untuk memainkan peranan perlindungan dalam penuaan selular, aterosklerosis dan kanser, beberapa kajian awal menunjukkan potensi minyak sawit merah dalam menghalang sel kanser payudara daripada merebak.
Sebarang penyakit penuaan sebenarnya membabitkan keradangan. Minyak sawit merah boleh melambatkan proses penuaan melalui kemampuannya dalam mengurangkan keradangan itu.

3.Mencegah Penyakit Stroke
Vitamin E tokotrienol yang diperolehi daripada minyak sawit merah mampu melindungi diri daripada serangan strok serta mempercepatkan jangkamasa pemulihan akibat serangan strok

4. Membantu menguatkan sistem imun/perlindungan tubuh badan
Minyak sawit merah mempunyai kandungan karoten lebih tinggi berbanding yang dikandung tomato mahupun lobak merah. Karoten ialah sejenis antioksida yang membantu menguatkan sistem imun tubuh badan, dapat menurunkan  risiko kanser, penyakit jantung dan katarak. Ia turut membantu melindungi tubuh anda daripada panahan UV matahari umpama memakai krim pelindung dari dalam.

5.Mencegah dari masalah kegemukan
Vitamin E tokotrienol juga mampu melambatkan keupayaan badan membentuk sel lemak baru serta membunuh sel lemak sedia ada. Ini pastinya satu perkembangan baru yang mampu menyelesaikan masalah kegemukan.
Sawit Anugerah Tuhan: Khasiat Minyak Sawit Merah Sawit Anugerah Tuhan: Khasiat Minyak Sawit Merah Reviewed by admin on 23:38 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list