Polis membuka kertas siasatan berhubung pencemaran Sungai Kereh






Tasek Gelugor - Polis membuka kertas siasatan berhubung pencemaran Sungai Kereh, di sini, dipercayai berpunca daripada pelepasan sisa najis babi dalam usaha mengatasi kemelut sejak 40 tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada petani, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melengkapkan kertas siasatan terbabit.

Menurutnya, siasatan isu yang membelenggu penduduk itu sudah bermula sejak 19 November lalu dan kini berada pada peringkat akhir sebelum ia diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, Januari depan.

"Polis kini dalam proses menerima semua data dan laporan daripada pihak berkaitan untuk melengkapkan kertas siasatan.

"Di samping itu, pihak forensik juga sudah mengambil sampel air di Sungai Kereh, minggu lalu untuk mengesan sama ada terdapat DNA babi, selain sampel dari lapan ladang babi yang dikenal pasti dalam masalah pencemaran ini," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, kesemua sampel itu dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor untuk diuji dan masih belum mendapat sebarang keputusan.

"Apabila semuanya sudah lengkap, polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya, bulan depan untuk siasatan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan," katanya.

Semalam, Jawatankuasa Petugas Khas yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Dr Nadzri Yahaya mengadakan lawatan mengejut bagi meninjau keadaan Sungai Kereh serta ladang babi di Kampung Selamat.

Jawatankuasa yang ditubuhkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) itu diarahkan untuk menyelesaikan isu pencemaran najis babi di sungai berkenaan berikutan sudah menghantui penduduk selama empat dekad.

Sumber : myMetro
Polis membuka kertas siasatan berhubung pencemaran Sungai Kereh Polis membuka kertas siasatan berhubung pencemaran Sungai Kereh Reviewed by admin on 18:42 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list