Penyakit Yang Menyerang Tanaman Koko

Senyuman Semanis Coklat: Kenali Jangkitan Tanaman Koko

Koko (Theobroma cacao L) merupakan tanaman komoditi yang menghasilkan buah dan biji koko yang mana akan melalui beberapa proses dan kemudian dijadikan produk berasaskan coklat. Ivory Coast merupakan pengeluar utama biji koko sebanyak 1.238 juta mt setahun atau 34.5% dari jumlah dalam pengeluaran dunia.

Malaysia menyumbang sebanyak 32,000 mt setahun atau 0.9% dari pengeluaran biji koko dunia. Tanaman koko di Malaysia adalah tanaman komoditi ketiga terpenting selepas kelapa sawit dan getah. Malaysia kini menduduki tangga kelima di antara negara pengisar koko utama dunia dan terbesar di kalangan negara Asia-Oceania.

Namun terdapat beberapa jangkitan penyakit yang boleh merosakan tanaman koko. Antaranya:

1.Penyakit mati rosot jejalur vaskular (VSD)

Penyakit akak koko ini disebabkan oleh sejenis kulat iaitu Ceratobasidium (Oncobasidium) theobromae yang mana simptom serangan anak pokok diserang akan mati kekeringan. Kawalan dengan menggunakan semburan racun kulat dengan bahan aktif mengandungi Propiconnazole atau bahan aktif Hexaconazole adalah disyorkan mengikut kaedah dan sukatan yang betul.

2. Penyakit lecur daun

Penyakit ini disebabkan oleh kulat dikenali dengan nama Phytophthora palmivora yang sering berlaku apabila keadaan yang terlalu lembab. Penyakit ini kawal dengan kaedah mengelakan penyiraman berlebihan dan hindarkan air bertakung dalam kawasan nurseri.

3. Penyakit bintik daun

Penyakit bintik daun adalah lazim berlaku disebabkan oleh sejenis kulat iaitu Collectotricum sp dan juga Gleosporium sp. Tanda serangan apabila dilihat terdapat bintik-bintik yang semakin membesar dan akhirnya bercantum antara satu sama lain dan akan menyebabkan daun menjadi layu. Kawalan dengan mengelakan mengatur anak benih terlalu rapat bagi mengelak kelembapan dan sistem pengudaraan yang baik.

4. Penyakit akar koko

Penyakit akar anak koko pula disebabkan oleh sejenis kulat dalam tanah iaitu Rigidoporus lignosus dimana ia boleh menyebabkan anak benih menjadi layu dan akhir pokok akan mati kekeringan. Kawalan dengan mengelakkan benda asing seperti kayu pada media tanaman dalam polibeg dan siram dengan racun kulat jenis tetraconazole atau Hexaconazole mengikut arahan pada label.
Penyakit Yang Menyerang Tanaman Koko Penyakit Yang Menyerang Tanaman Koko Reviewed by admin on 16:12 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list