PAS, BERSATU DAN UMNO memeterai perjanjian MUAFAKAT




KUALA LUMPUR, 9 DIS - Kemelut berkenaan pentadbiran negeri Perak dijangka berakhir dalam masa terdekat susulan pertemuan antara pihak PAS, BERSATU dan UMNO pada hari ini.

Pertemuan tesebut dihadiri oleh Presiden setiap parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan telah diadakan secara tertutup di Dewan Rakyat hari ini.

Pertemuan tersebut diadakanbagi menyelesaikan kemelut kepimpinan negeri selepas menteri besar Bersatu Ahmad Faizal Azumu digulingkan.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan
melalui laman Twitternya sebentar tadi.

"Alhamdulillah,  demi rakyat MUAFAKAT dimeterai. Utamakan persamaan yang terlalu banyak jua berbanding dengan perbezaan yang teramat sedikit cuma. Tahniah Kerajaan PN Perak dikekalkan." ujar beliau

Sementara itu PAS Perak masih menunggu titah rasmi daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bagi sesi menghadap untuk mendapatkan pandangan berkenaan calon menteri besar. awal hari ini, PAS menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti enggan membuat khilaf dalam membuat sesuatu keputusan ketika menghadap Sultan Perak.




PAS, BERSATU DAN UMNO memeterai perjanjian MUAFAKAT PAS, BERSATU DAN UMNO memeterai perjanjian MUAFAKAT Reviewed by admin on 00:20 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list