Lada Hitam: Rahsia Dalam Kesihatan

Lada hitam atau nama saintifiknya, Piper nigrum, berasal daripada keluarga tumbuh-tumbuhan Piperaceae. Ia ditanam untuk mendapat buahnya (peppercorn) yang akan dikeringkan dan digunakan sebagai rempah, penambah rasa dan perisa dan juga sebagai bahan untuk memerap daging masakan.  Lada hitam adalah natif kepada bahagian barat daya India dan ia ditanam dengan begitu banyak di kawasan tersebut dan juga di negara-negara tropika yang lain.

Bahan seperti lada mendapat rasa panas dan pedasnya daripada kompaun piperine yang berada pada bahagian luar buah dan benihnya. Lada hitam mengandungi sekitar 4.6 hingga 9.7% piperine berdasarkan ukuran jisim, kurang sedikit jika dibandingkan dengan lada putih. 

Dalam aspek kesihatan, beberapa kajian telah dilakukan terhadap lada hatim dan hasil daripada kajian tersebut mendapati lada hitam mampu menyumbang terhadap kesihatan manusia. Antaranya:

1.Merangsang sistem penghadaman badan

Pengambilan ekstrak lada hitam didapati berupaya untuk melancarkan penghadaman. Piperine yang terdapat dalam Piper nigrum bukan sahaja merangsang rembesan-rembesan perut, ia juga berupaya meningkatkan rembesan air liur dan, secara tidak langsung, rembesan enzim amylase dalam mulut yang sekali gus meningkatkan lagi kecekapan penghadaman kanji. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa Piperine turut berupaya untuk membawa kepada peningkatan rembesan asid hempedu daripada organ hati, membantu metabolisma dan penghadaman lemak.

2.Mengawal tekanan darah

Piperine yang diasingkan daripada P. nigrum, apabila diambil secara intravena, mampu untuk menurunkan tekanan dalam salur darah arteri. Pemberian Piperine secara intravena didapati mampu untuk menurunkan tekanan darah dalam salur darah arteri mereka dan kesan penurunan ini bertindak dalam corak yang bergantung kepada dos (dose-dependant relationship).

3.Merawat cirit-birit

Penggunaan lada hitam untuk merawat cirit-birit ini merupakan sesuatu rawatan semula jadi yang telah dilakukan oleh pelbagai budaya secara turun-temurun. Di kebanyakan negara-negara membangun dan dalam pelbagai komuniti yang berbeza, pengamal perubatan herbal dan juga industri berasaskan herbal banyak menghasilkan ubat untuk cirit-birit yang diformulasikan daripada lada hitam. Piperine mengurangkan rembesan air dan juga pengumpulan air dalam usus besar.
Lada Hitam: Rahsia Dalam Kesihatan Lada Hitam: Rahsia Dalam Kesihatan Reviewed by admin on 22:13 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list