Kenali Jenis Minyak Masakan dan Khasiatnya


Penggunaan minyak masak amat penting terutamanya dalam aktivit menggoreng bagi menyediakan hidangan. Terdapat banyak pilihan minyak masak yang ada di pasaran. Pastinya setiap minyak masak mempunyai kelebihan dan fungsi yang tersendiri bergantung kepada para pengguna. 


1.Minyak sawit

Sumber: Diekstrak dari mesokarpa buah kelapa sawit

Suhu maksimum: 230° C

Maklumat: Minyak sawit mempunyai kandungan lemak tepu dan lemak tak tepu yang hampir sama tinggi. Minyak ini dikenali sebagai minyak goreng yang efisyen dan digunakan dalam pengilangan makanan dan makanan segera. Walaupun terdapatnya dakwaan bahawa minyak sawit tidak berkhasiat, kajian telah melaporkan bahawa minyak sawit tidak boleh diklasifikasikan sebagai minyak yang meningkatkan tahap kolesterol, kerana pembolehubah yang lain seperti perbezaan kesihataan individu, jenis makanan, dan cara memasak boleh menjejaskan kesan kesihatan minyak sawit.

Kesimpulan: Minyak sawit mengandungi vitamin E dan antioksidan karotena β (β-carotene), di samping mempunyai jangka hayat yang panjang kerana tidak menjadi tengik dengan mudah. Namun, peratus lemak tepu yang tinggi bermakna kita harus mengambil minyak sawit secara sederhana untuk mengelakkan kesan buruk terhadap kesihatan kardiovaskular


2.Minyak zaitun

Sumber: Menghancurkan buah zaitun dan mengeluarkan air yang berlebihan

Suhu maksimum: 240°C (ringan, light) 160°C (dara tambahan, extra virgin)

Maklumat: Biasanya, terdapat dua jenis minyak zaitun yang boleh didapatkan di pasaran Malaysia – minyak zaitun ringan (ataupun minyak zaitun biasa) dan minyak zaitun dara tambahan. Minyak zaitun tidak sesuai untuk dimasak pada haba yang tinggi disebabkan oleh titik asapnya yang rendah. Minyak zaitun mengandungi lemak monotaktepu yang tinggi dan kerap digunakan dalam diet Mediterranean.

Kesimpulan: Minyak zaitun kaya dengan polifenol dan antioksidan, tetapi tidak sesuai untuk dimasak menggunakan suhu yang tinggi disebabkan oleh titik asapnya yang rendah. Minyak zaitun anak dara boleh digunakan sebagai minyak menyelesaian dalam salad atau sandwic.


3.Minyak kacang

Sumber: Kacang tanah

Suhu maksimum: 230°C

Maklumat: Kacang tanah mempunyai warna yang pucat serta bau yang serupa kacang yang kuat. Minyak kacang boleh menjadi tengik dengan cepat, jagi simpakanlah minyak kacang di tempat yang dingin dan kering. Jangan simpan untuk terlalu lama juga! Minyak kacang mempunyai titik asap yang tinggi, jadi pemasakan menggunakan suhu yang tinggi tidak menjai masalah. Namun, pastikan orang yang makan tidak mempunyai alahan kacang! Minyak kacang mengandungi kandungan lemak monotaktepu dan politaktepu yang baik, dengan kandungan minyak tepu yang agak tinggi berbanding dengan minyak sayuran yang lain.

Kesimpulan: Sesuai untuk masakan goreng kerana mempunyai titik asap yang tinggi. Minyak kacang mengandungi lemak monotaktepu dan politaktepu yang seimbang, tetapi mempunyai lemak tepu yang lebih tinggi berbanding minyak yang lain.


4.Minyak jagung

Sumber: Kernel jagung

Suhu maksimum: 240°C

Maklumat: Minyak jagung mempunyai rasa neutral, tetapi masakan goreng seperti kentang boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Minyak jagung mengandungi lemak politaktepu yang tinggi dan boleh merendahkan tahap kolesterol darah jika digunakan sebagai penggantian untuk minyak yang mengandungi lemak tepu yang tinggi.

Kesimpulan: Minyak jagung mengandungi lemak monotaktepu dan politaktepu yang baik, di samping kandungan lemak tepu yang rendah. Namun, terdapat pertikaian terhadap pengubahsuaian genetik jagung semulajadi. Pilihlah minyak jagung organik untuk pilihan yang lebih berkhasiat.


5.Minyak kelapa

Sumber: Isi kelapa

Suhu maksimum: 175°C

Maklumat: Minyak kelapa sesuai untuk masakan menggunakan haba yang sederhana. Minyak ini mempunyai rasa kacang yang ringan dan biasa digunakan dalam pembuatan kek dan pastri. Minyak kelapa mempunyai jangka hayat yang panjang dan boleh disimpan selama lebih daripada setahun tanpa menjadi tengik. Namun, minyak kelapa dianggap sebagai antara minyak yang mengandungi lemak tepu yang paling tinggi.

Kesimpulan: Minyak kelapa didapati untuk mengandungi lemak tepu yang berlainan, iaitu lemak rantaian sederhana (medium-chain fatty acid). Lemak tepu ini digunakan sebagai tenaga dan lebih jarang dikekalkan dalam tubuh badan sebagai lemak. Namun, kandungan lemak tepu yang teramat tinggi (lebih daripada 90%) menjadikannya pilihan yang berisiko.


6.Minyak Canola

Sumber: Biji tumbuhan canola

Suhu maksimum: 200°C

Maklumat: Minyak ini merupakan pilihan yang popular antara tukang masak. Minyak canola menjadi tengik dengan mudah, jadi simpan minyak ini jauh daripada haba dan sinaran matahari. Minyak canola mengandungi lemak monotaktepu yang tinggi dan lemak tepu yang rendah. Ia juga merupakan sumber yang baik untuk Omega 3.

Kesimpulan: Minyak canola merupakan pilihan yang baik untuk masakan disebabkan oleh kebolehannya untuk menahan suhu yang tinggi walaupun mengandungi lemak tepu yang rendah. Namun, terdapat banyak tumbuhan canola yang mempunyai genetik yang diubahsuai, jadi pilihlah minyak canola yang organik.


7.Minyak biji bunga matahari

Sumber: Biji bunga matahari

Suhu maksimum:  240°C

Maklumat: Minyak biji bunga matahari menjadi tengik dengan cepat kerana ianya diekstrak daripada bijian. Minyak ini mengandungi lemak politaktepu dan monotaktepu yang tinggi, dan merupakan sumber vitamin E yang baik. Minyak biji bunga matahari juga boleh merendahkan tahap kolesterol darah.

Kesimpulan: Minyak ini sesuai untuk pelbagai cara masakan kerana rasanya neutral dan titik asapnya tinggi, tetapi jangka hayatnya pendek dan ratio lemak monotaktepu dan politaktepunya tidak seimbang.


8.Minyak bijan

Sumber: Biji bijan

Suhu maksimum: 210°C

Maklumat: Minyak bijan mempunyai rasa yang neutral. Minyak ini biasanya digunakan sebagai minyak hasian atau tambahan rasa lebih daripada sebagai minyak masakan goreng. Minyak bijan menjadi tengik dengan cepat, jadi simpankanlah di dalam peti sejuk.

Kesimpulan: Minyak bijan jarang digunakan dalam masakan walaupun mempunyai titik asap yang tinggi. Kandungan nutrien dalam minyak bijan agak baik tetapi tidak ketara dalam manfaat kesihatan.


9.Minyak sayuran

Sumber: Campuran minyak bertapis yang berlainan

Suhu maksimum: 180 - 220°C

Maklumat: Minyak sayuran mempunyai rasa yang neutral dan tidak ketara. Namun, kita patut berwaspada semasa memilih minyak sayuran kerana minyak sayuran yang berlainan mempunyai campuran minyak bertapis yang berlainan. Contohnya, campuran minyak sawit dan minyak kelapa (kandungan lemak tepu yang tinggi) dilabelkan sebagai minyak sayuran, begitu juga dengan campuran minyak jagung dan minyak canola.

Kesimpulan: Minyak sayuran mengandungi peratus lemak tak tepu yang seimbang, tetapi ia hanya diperbuat daripada minyak bertapis dan diproses serta diubahsuai genetiknya.

Kenali Jenis Minyak Masakan dan Khasiatnya Kenali Jenis Minyak Masakan dan Khasiatnya Reviewed by admin on 18:20 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list