Jururawat dakwa jadi mangsa pendakwah selebriti


SHAH ALAM - Seorang lagi wanita tampil membuat laporan polis di sini semalam berhubung dakwaan kes seksual membabitkan seorang pendakwah selebriti.


Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, susulan laporan yang dibuat wanita itu, setakat ini pihaknya telah menerima sembilan laporan polis.

"Kita masih lagi menjalankan siasatan dan akan lihat dari semua sudut dengan mengumpul maklumat berkaitan.

Semalam, suspek yang juga bekas peserta realiti keagamaan itu direman lima hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan polis berhubung dua laporan polis dibuat terhadapnya di Petaling Jaya atas dakwaan merogol, mencabul dan melakukan seks luar tabii.

Polis Petaling Jaya sebelum ini menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol), Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii) dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul).

Polis daerah Petaling Jaya membuat permohonan reman ke atas suspek bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung dua laporan polis terhadap suspek pada 29 dan 30 November lalu.

Jururawat dakwa jadi mangsa pendakwah selebriti Jururawat dakwa jadi mangsa pendakwah selebriti Reviewed by admin on 19:59 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list