China mendukung perjuangan rakyat Palestin




BEIJING - China mendukung perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan hak yang sah dan menyokong usaha ke arah penyelesaian yang aman dalam konflik Palestin sejajar dengan pernyataan diterima umum dan antarabangsa.


Demikian kata Presiden China Xi Jinping dalam perutusan tahniah pada persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena “Hari Perpaduan Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin”, semalam.


Presiden Xi menegaskan, sejak tercetusnya pandemik COVID-19, China sering menghulurkan bantuan kepada Palestin dalam usaha memerangi wabak.


Sebagai sahabat karib Palestin, China sedaya upaya akan terus memberi bantuan yang diperlukan negara itu.


China yang merupakan negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan kuasa besar yang bertanggungjawab akan berusaha bersama masyarakat antarabangsa memberi sumbangan positif untuk mencari penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh, adil dan berkekalan selain mewujudkan kedamaian serta kestabilan di rantau Asia Barat.


Sumber: BERNAMA

China mendukung perjuangan rakyat Palestin China mendukung perjuangan rakyat Palestin Reviewed by admin on 19:00 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list