Biodiesel: Hasil sawit yang melestarikan alam



Biodiesel merupakan bahan yang terhasil daripada tindak balas kimia antara lemak sayuran dan haiwan tertentu. Selama proses pengeluaran, syarikat yang mengembangkan bahan bakar tersebut akan menerima produk metil. Oleh kerana sifatnya yang mudah terbakar, eter dapat digunakan sebagai alternatif untuk bahan bakar diesel. Disebabkan kedua-dua pilihan mempunyai parameter pembakaran yang serupa, biofuel dapat digunakan untuk mengisi mesin diesel konvensional.


Sebagai pengeluar kedua terbesar minyak sawit dunia, penekanan khusus Malaysia diberikan kepada pengeluaran biodiesel sawit, selain penggunaan utama sebagai sumber makanan untuk jutaan penduduk dunia.


Di Malaysia, kajian penggunaannya sebagai bahan api kenderaan dimulakan sejak 1982, membabitkan kenderaan pengangkutan seperti bas dan teksi, dipelopori Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM). Kajian penggunaan bahan itu sebahagian strategi kerajaan mempelbagai penggunaan minyak sawit, khususnya dalam sektor bukan makanan.


Teknologi pengeluaran biodiesel MPOB menepati piawaian Malaysia MS2008:2014 dan piawaian Eropah EN14214:2012. Lebih membanggakan, teknologi pengeluaran biodiesel dibangunkan penyelidik MPOB menghasilkan produk bernilai tinggi seperti karotena dan vitamin E, sebelum proses akhir pengeluaran biodiesel.


Teknologi pengeluaran biodiesel MPOB dikomersialkan dengan pembinaan kilang dalam dan luar negara. Kini, sembilan loji biodiesel sawit bergred normal dan tiga loji biodiesel sawit gred musim sejuk dibangunkan menggunakan teknologi dan kepakaran MPOB, termasuk di Korea Selatan, Thailand dan Colombia.


Peningkatan pembangunan biodiesel mampu meningkatkan penggunaan minyak sawit sebagai sumber pengeluaran biodiesel. Ini langkah strategik merangsang peningkatan harga minyak sawit serta mampu meningkatkan paras stok sawit dalam negara disamping dapat membantu para pekebun dan pengusaha sawit meningkatkan sumber pendapatan mereka.


Kejayaan penyelidikan MPOB menerajui penggunaan biodiesel sawit bagi sektor pengangkutan menjadi inspirasi ke arah penerokaan penggunaannya bagi pesawat udara untuk persekitaran udara lebih bersih. Terbukti penggunaan biodiesel tidak menjejaskan prestasi enjin kenderaan semasa pendakian dan enjin juga dapat dihidupkan walaupun dalam suhu yang rendah.

Biodiesel: Hasil sawit yang melestarikan alam Biodiesel: Hasil sawit yang melestarikan alam Reviewed by admin on 21:11 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list