UMANY tarik balik kenyataan yang mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.


Kuala Lumpur, 12 Nov - Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) hari ini memohon maaf daripada Yang di-Pertuan Agong dan menarik balik kenyataan yang mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

 

Melalui satu kenyataan dilaman Facebook Umany, selepas mendapat nasihat daripada pakar perlembagaan, pihak Umany telah membuat keputusan untuk menarik balik kenyataan bertajuk ‘YDPA Should Not Interfere in National Affairs”  yang dimuat naik di halaman Facebook bahasa Cina dan bahasa Inggeris Umany pada 30 Oktober 2020.

 

"Pihak Umany ingin menegaskan bahawa kami mematuhi sistem raja berperlembagaan di Malaysia serta menghormati peranan Yang di-Pertuan Agong dalam perlembagaan.

 

"Selain menzahirkan maaf kepada masyarakat, pihak Umany ingin secara khususnya mengemukakan permohonan maaf dan memohon ampun Tuanku atas kekurangan pemahaman kami terhadap perlembagaan," kata Umany dalam satu hantaran di Facebook.

 

Umany edang disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia selepas Universiti Malaya membuat laporan polis berhubung kenyataan itu.

 

Umnay turut mendesak pihak polis untuk menghentikan segala siasatan terhadap ahlinya.

 

Polis menyiasat kumpulan pelajar itu bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Siasatan itu dibuat susulan kenyataan kumpulan berkenaan pada 30 Okt berkaitan keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak mengisytiharkan darurat seperti dicadangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

 

 


UMANY tarik balik kenyataan yang mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong. UMANY tarik balik kenyataan yang mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong. Reviewed by admin on 23:53 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list