Ukiran kayu jadi sumber rezeki

 


KOTA BHARU, 12 Nov - Kesan wabak Covid-19 yang melanda seluruh negara telah membuat penjual kek menukar bidang pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.


Nurul Aini Mat Besar @ Alias, 31, Kini sibuk membuat mengukir kayu untuk memenuhi tempahan orang ramai.


Graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu memberitahu, pada awalnya beliau hampir berputus asa apabila tempahan kek tidak lagi mendapat tempahan terutamanya kek perkahwinan. Namun berkat kesabarannya, beliau telah diterima bekerja di Dauza Craft di Bunut Payong di sini.


"Pada mulanya saya tidak yakin untuk buat ukiran tersebut tapi akhirnya saya dapat melaksanakannya sebaik mungkin dengan sokongan suami dan rakan-rakan sekerja.


"Bukan mudah, ukiran kayu ini memerlukan ketelitian dan fokus yang tajam. sekali kita tersilap langkah, memang kena buang bongkah kayu itu," ujarnya.


Walaupun nampak mudah dengan penggunaan mesin laser ukir, namun ketelitian sepanjang proses sangat penting untuk mengelak berlakunya risiko kayu patah dah sebagainya.


Malah Aini juga perlu sentiasa merujuk beberapa laman sesawang untuk menghasilkan rekaan atau corak terkini.

Ukiran kayu jadi sumber rezeki Ukiran kayu jadi sumber rezeki Reviewed by admin on 20:31 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list