Suspek bunuh Siti Nur Surya didakwa


MARANG, 16 Nov - Seorang pelajar Tingkatan Enam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekolahnya, Siti Nur Surya Ismail dalam kejadian di Kampung Lubok Batu, Telemong Hulu Terengganu.


Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 19, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Engku Nurul Ain Engku Muda.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong, Hulu Terengganu antara jam 8.30 hingga 9.30 pagi pada 1 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati, jika sabit kesalahan.


Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum mahkamah menetapkan 10 Januari 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang.


Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazlan Md Zain.


Link Asal : https://www.sinarharian.com.my/article/110376/BERITA/Mahkamah/Pelajar-Tingkatan-Enam-didakwa-bunuh-Siti-Nur-Surya

Suspek bunuh Siti Nur Surya didakwa Suspek bunuh Siti Nur Surya didakwa Reviewed by admin on 23:59 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list