Pekerja Bangladesh tunjuk perasaan mahu kembali ke Malaysia



DHAKA, 3 November - Ribuan pekerja warga Bangladesh dari Malaysia yang terkandas di negara asal akibat COVID-19 mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kementerian Luar di Dhaka menuntut bantuan kerajaan bagi kembali bekerja di Malaysia


Difahamkan, mereka pulang ke negara asal untuk bercuti dan tidak dapat kembali ke Malaysia akibat pendemik virus yang memaksa kebanyakan negara menutup sempadannya.


Visa sebahagian besar pekerja terbabit sudah tamat tempoh, menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk kembali ke Malaysia.


Dianggarkan terdapat lebih 25,000 pekerja Bangladesh dari Malaysia kini terkandas di negara asal sejak penularan pandemik COVID-19.


Justeru, mereka menggesa kerajaan campur tangan dan membantu mereka menyelesaikan isu dokumen perjalanan bagi membolehkan mereka kembali ke tempat kerja di Malaysia.


Setiausaha Luar, Masud Momen, ketika bercakap dengan penunjuk perasaan, memberi jaminan kerajaan Bangladesh akan berbincang dengan Malaysia bagi menyelesaikan masalah mereka.


Seorang pekerja, Md Mohiuddin, memberitahu akhbar New Age bahawa beliau pulang ke Bangladesh pada 28 Januari dan sepatutnya kembali ke Malaysia pada 6 Mei tetapi tidak dapat berbuat demikian akibat COVID-19.


Katanya, visanya tamat tempoh 6 Mei lalu dan kini tidak pasti sama ada dapat kembali ke Malaysia, sama seperti 20 lagi pekerja di perkampungannya di Taltali, Barguna.


Katanya, tanpa campur tangan kerajaan, usaha mereka untuk kembali ke Malaysia tidak mungkin berjaya.


Mereka juga menuntut kerajaan menyediakan dana bantuan kewangan kerana tiada pekerjaan selama lebih tujuh bulan.

Pekerja Bangladesh tunjuk perasaan mahu kembali ke Malaysia Pekerja Bangladesh tunjuk perasaan mahu kembali ke Malaysia Reviewed by admin on 22:42 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list