Multi-V inovasi baru dalam penorehan getah


Pisau toreh merupakan satu alat penting bagi proses mengeluarkan lateks daripada pokok getah. Sejarah penggunaan pisau toreh di Malaysia mula dicipta oleh Henry Nicholas Ridley, iaitu jenis Gouge (Andrew, 1902). Sekarang lebih 100 tahun penggunaan pisau toreh tersebut telah digunapakai dan dalam masa tersebut pelbagai percubaan mereka cipta pisau toreh baru giat dilakukan oleh berbagai pihak.


Inovasi ini juga dilaksanakan dengan mengambil kira daripada rungutan pekebun kecil di peringkat lapangan yang inginkan penggunaan pisau yang lebih baik dan menjimatkan masa di kebun. RISDA melalui agen pengembangan di lapangan telah berjaya menghasilkan sebilah pisau toreh yang baik serta mempunyai ciri-ciri keselamatan dan berkualiti serta mesra pengguna.


Pisau toreh itu dinamakan ‘Multi- V’, ianya mempunyai beberapa kelebihan dan mula diterima dan digunapakai secara meluas di kebun-kebun getah matang di seluruh negara. Pisau ini lebih tajam dan matanya boleh ditukar ganti dan diperbuat daripada bahan besi 100 peratus waja. 


Selain itu, ia boleh digunakan juga untuk mengeluarkan getah skrap di dalam mangkuk dan pembetulan letek bias di alur torehan melalui pencangkuk yang terdapat di hujung pisau tersebut. Berat purata sebilah pisau hanya 380 gram dan ianya menjimatkan pengguna dengan hanya perlu membuat penukaran mata pisau sahaja setelah kehabisan mata asal pada harga yang lebih rendah.


Kelebihan lain pisau ini mempunyai dua hala, boleh digunakan untuk torehan menaik dan torehan biasa. Inovasi ini dicipta pada tahun 2012 dan diiktiraf oleh pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Multi-V inovasi baru dalam penorehan getah Multi-V inovasi baru dalam penorehan getah Reviewed by admin on 23:38 Rating: 5

1 comment

  1. Salam nak tanya mcam mana nak dapat kn pisau ini..ada jual Dimana ya..

    ReplyDelete

Recent in Recipes

3/Food/post-list