Malam Anugerah ABPBH ke-33 diteruskan, “Kami kongsi rezeki…”

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 akan diteruskan pada 13 November (Jumaat) di Axiata Arena, Bukit Jalil. 

Ketua Integrasi, Komersial dan Multimedia, The New Straits Times Press (NSTP) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ABPBH 33, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, acara anugerah ini dikendalikan berhemah mengikut garis panduan MKN.

“Tetamu yang hadir artis yang menang, hos, penyampai trofi, penyanyi yang membuat persembahan dan petugas”.

Mana kala penerbit Eksekutif ABPBH 33, Nurhul Huda Khalid berkata, sesi latihan dan raptai penuh dilaksanakan dengan baik biarpun semua petugas perlu mematuhi SOP ketat.

"Saya tahu orang hanya nampak anugerah dari sudut populariti, tetapi tidak tahu di sebalik penerbitan acara ini.”

"Sebenarnya, kami berkongsi rezeki dengan ramai yang tidak bekerja ketika pandemik COVID-19 menular antaranya pemuzik, penari, pengawal keselamatan, pekerja penyelenggara dan pembersihan serta ramai lagi.”
Malam Anugerah ABPBH ke-33 diteruskan, “Kami kongsi rezeki…” Malam Anugerah ABPBH ke-33 diteruskan, “Kami kongsi rezeki…” Reviewed by admin on 18:00 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list