Kumbang Palma Merah (RPW) – Musuh Terhadap Penanaman Sawit.


Kumbang palma merah (RPW) atau dikenali dengan nama saintifiknya, Rhynchophorus ferrugineus dan R. vulneratus merupakan serangga perosak utama tanaman palma di seluruh dunia. 


Serangga perosak ini telah mengancamtanaman kurma di Timur Tengah, tanaman palma hiasan di Sepanyol dan Perancis serta tanaman kelapa di India dan Malaysia. Spesies RPW, R. ferrugineus merupakan spesies utama yang berbahaya dan dipercayai telah dibawa masuk secara tidak sengaja ke Malaysia melalui tanaman kurma dari pintu sempadan dan tanpa permit yang sah.


Kehadirannya di Malaysia mula disedari di Stesen Jabatan Pertanian Rhu Tapai, Terengganu pada 2007. Hasil tinjauan oleh Jabatan Pertanian Terengganu mendapati serangan RPW telah dikesan di hampir 58 lokasi tanaman kelapa di sekitar Terengganu. Kini, kehadiran RPW spesies R. ferrugineus telah direkodkan di hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali di Melaka dan Negeri Sembilan.


Anggaran kitar hidup RPW adalah enam bulan. Seekor dewasa betina RPW mampu menghasilkan hampir 250 biji telur pada satu masa. Setelah persenyawaan berlaku, kumbang betina akan bertelur pada lubang atau celahan yang dihasilkan oleh kumbang badak ketika menyerang pokok sawit di peringkat muda. Telur RPW berwarna kuning terang dan akan bertukar menjadi larva selepas tiga hari. 


Larve merupakan peringkat hidup RPW yang paling berbahaya kerana ia akan mengorek batang dan umbut sebelum memakan tisu lembut. Aktiviti berterusan oleh larva RPW ini akhirnya menyebabkan kematian pokok yang diserang. Setelah   60-100 hari, larva tersebut akan bertukar menjadi pupa yang hidup selama 21 hari. Kemudian, pupa akan bertukar menjadi dewasa RPW yang aktif membiak selama 100-120 hari.

Kumbang Palma Merah (RPW) – Musuh Terhadap Penanaman Sawit. Kumbang Palma Merah (RPW) – Musuh Terhadap Penanaman Sawit. Reviewed by admin on 20:41 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list