Hasil getah: Dari pokok ke jalan raya

 



Getah merupakan komoditi terpenting bagi Malaysia. Hasil daripada getah yang mendapat permintaan tertinggi adalah sarung tangan getah. Pengeksportan sarung tangan getah keluaran Malaysia telah meningkat kepada RM15.06 bilion bagi tempoh Januari sehingga Julai 2020 berbanding RM10.03 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2019.


Namun, hasil getah juga mampu digunakan bagi membina jalan raya. Proses pembinaan jalan melalui kaedah alternatif dengan menggunakan getah bekuan sebagai bahan tambah dalam campuran asphalt adalah lebih baik dan ekonomik disamping dapat meningkatkan hasil pendapatan komoditi tersebut.


Penggunaan getah dalam campuran asfalt bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Jalan yang dibina menggunakan asfalt bercampur getah ini telah mula dibina seawal 1950-an melalui pembinaan tapak percubaan di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai. Kemuncak penggunaan getah dalam turapan jalan pada skala besar adalah semasa pembinaan Jalan Pekeliling dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 1995.


Sebanyak 4.2 tan 'cuplumps' atau getah beku adalah anggaran diperlukan untuk turapan satu kilometer jalan, yang mana getah yang bersesuaian dengan ciri-ciri bitumen dan campuran asfalt dijadikan pengganti kepada bahan tambah polimer. 


Pada masa ini kebanyakan pembinaan turapan asfalt di negara ini menggunakan bitumen asli gred 80/100 dan 60/70 sebagai bahan pengikat dalam campuran asfalt.

Hasil getah: Dari pokok ke jalan raya Hasil getah: Dari pokok ke jalan raya Reviewed by admin on 22:34 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list