Data Aplikasi Muslim Pro dijual. Keselamatan umat Islam terancam?



Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) telah membeli data lokasi puluhan juta umat Islam di seluruh dunia dari aplikasi Muslim Pro.


Hal ini telah disahkan menerusi laman sesawang Motherboard. Pasukan tentera AS menggunakan dua kaedah berbeza untuk mendapatkan data lokasi pengguna. Kaedah pertama melibatkan produk bernama Locate X.


Kaedah kedua pula melalui produk bernama X-Mode. Data lokasi pengguna aplikasi kemudianya dijual kepada kontraktor dan boleh diakses oleh tentera AS.


Motherboard juga melaporkan bahawa Muslim Pro paling banyak menghantar data pengguna kepada X-Mode. Untuk maklumat, aplikasi Muslim Pro merupakan aplikasi popular dan banyak digunakan oleh umat Islam di seluruh dunia dengan pengguna aktif sebanyak 98 juta.

Data Aplikasi Muslim Pro dijual. Keselamatan umat Islam terancam? Data Aplikasi Muslim Pro dijual. Keselamatan umat Islam terancam? Reviewed by admin on 19:42 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list