Bagaimana Data Pengguna Dijualbeli Dan Dimanipulasi

 



Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai satu aplikasi terkenal antarabangsa yang digunakan oleh umat Islam seluruh dunia telah menjual data lokasi pengguna kepada satu syarikat yang berkait dengan tentera Amerika Syarikat.


Komando Operasi Khas Amerika Syarikat (USSCOM) yang berurusan dengan pemberontakan, anti-keganasan dan pelbagai aktiviti rahsia di seluruh dunia dikatakan telah membeli data pergerakan terperinci individu dari seluruh dunia yang diambil daripada aplikasi yang kelihatan tidak berbahaya.


Dengan membeli atau menjual data rekod orang awam, syarikat pihak ketiga dapat mengumpulkan ribuan atribut milik orang ramai. Dalam beberapa tahun ini, banyak syarikat membeli senarai data pelanggan dari langganan majalah untuk membina rangkaian sasaran untuk iklan.


Jika anda pengguna telefon pintar atau kad kredit, tidak sukar bagi sesebuah syarikat untuk menentukan sama ada anda baru sahaja putus hubungan, atau sedang hamil atau cuba menurunkan berat badan, sama ada anda seorang ekstrovert , ubat apa yang anda ambil, di mana anda berada, dan juga bagaimana anda menggunakan telefon pintar anda.


Cookies dan Trackers adalah bahagian utama dari infrastruktur ini, dan seperti banyak laman web yang lain, Cookies dan Trackers digunakan untuk menyimpan data-data pengguna yang melawati laman sesawang.


Semua maklumat itu boleh digunakan untuk membuat profil anda untuk dijadikan sasaran untuk iklan, mengklasifikasikan gaya hidup anda, atau menentukan kelayakan untuk pekerjaan.


Risiko kecurian data amat sukar dilihat. Selain dari bahaya mengumpulkan dan menyimpan data, ia boleh digunakan untuk memprofil pengguna secara terperinci. Ini dapat menyebabkan berlakunya diskriminasi berdasarkan kaum atau pendapatan.

 

 

Bagaimana Data Pengguna Dijualbeli Dan Dimanipulasi Bagaimana Data Pengguna Dijualbeli Dan Dimanipulasi Reviewed by admin on 00:42 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list