3 Asas Utama Penanaman Lada


Lada hitam merupakan rempah yang digunakan dengan meluas di dunia, iaitu tumbuhan tropika yang hidup menjalar. Malaysia adalah antara negara pengeluar terbesar di dunia. Lebih dari 98% pengeluaran lada Malaysia adalah dari Sarawak yang melibatkan kira-kira 70,000 pekebun kecil. Pada masa sekarang kawasan penanaman lada dianggarkan 15,000 hektar


Pada peringkat awal buah berwarna hijau muda. Warna kulit buah akan bertukar kuning dan merah pada peringkat matang. Pemprosesan lada hitam memerlukan jemuran cahaya matahari selama 3-4 hari. Untuk memproses lada putih pula, buah yang matang perlu direndam dalam air selama 15 hari untuk tujuan pembuangan kulit. Seterusnya biji lada dibersihkan dan akhirnya dijemur selama 3-4 hari. 


Terdapat tiga asas penting dalam penanaman lada:


1.VARIETI LADA


Terdapat tiga vareiti yang disyorkan untuk ditanam iaitu Kuching, Semengok Emas dan Semengok Aman. Ketiga-tiga varieti ini, boleh memberi hasil pungutan lada yang memberangsangkan, lebih toleren kepada penyakitdan perosak lada serta mempunyai jangka hayat yang panjang.


2.KESESUAIAN TANAH


Lada hitam sesuai ditanam di dalam pelbagai jenis tanah. Bagaimanapun, bekas kawasan penanaman getah TIDAK disyorkan disebabkan penyakit akar putih (white root disease) yang kerap berlaku. Tanah paling sesuai ialah tanah mineral berwarna kuning merah (red yellow podzolic soil) dengan pH tanah antara 5.0-6.0. Tanah berpasir, keranggas dan gambut tidak sesuai.


3. SALIRAN


Sistem saliran yang baik adalah penting untuk mengalirkan air berlebihan di ladang. Teres perlu dibuat jika kecerunan melebihi 40 darjah.

3 Asas Utama Penanaman Lada 3 Asas Utama Penanaman Lada Reviewed by admin on 22:50 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list