Benarkah UMNO Perlu Bergabung Dengan PAS Untuk Terus Relevan?

Kita mahu parti ini boleh diterima rakyat dengan sebenar-benarnya, kerana sedar atau tidak kita bukannya berperang hendak membentuk kerajaan lagi...

Akar umbi rasa Islam boleh ubah nasib Umno

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin akar umbi Umno merasakan Islam mempunyai jawapan untuk parti itu, yang sedang mencari langkah strategik untuk terus relevan di era “Malaysia Baru”.

Ketua Pemuda Gua Musang Sheikh Razali Sheikh Hamad percaya Umno demi perjuangan jangka masa panjang perlu mengubah dasar membela bangsa kepada Islam.


Perubahan ini akan mengetengahkan persepsi baru kepada rakyat seluruhnya, kata Sheikh Razali.

“Maka kalau Islam perlu bergabung dengan PAS. Kita mahu parti ini boleh diterima rakyat dengan sebenar-benarnya, kerana sedar atau tidak kita bukannya berperang hendak membentuk kerajaan lagi,” katanya.

Pada pilihan raya lepas, Umno memenangi 54 Parlimen dan PAS 18, berbanding pesaing terdekat, PPBM 13 dan Amanah 11.

Meskipun tewas, Umno merupakan pemilik kerusi Parlimen terbesar berbanding semua parti.



PAS sendiri diasaskan oleh agamawan dari Umno, dan pernah membentuk kerajaan campuran dari 1974 hingga 1978.

Sheikh Razali berkata langkah itu akan menyaksikan orang Islam seluruh negara bersatu padu.

“Ia bertujuan untuk hadapi pilihan raya akan datang kelak, namun pandangan ini direstui pemimpin atau tidak saya tidak tahu,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak cadangan parti Melayu itu bergabung dengan PAS secara rasmi.

Khairy menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu menjadi pembangkang yang berwibawa.

Bagaimanapun ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyokong usaha Umno dan PAS bergabung bagi membentuk blok pembangkang yang kuat.


Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.

Timbalan Ketua Langkawi, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata parti perlu belajar dari model PAS, terutama penubuhan sebuah majlis syura.

Majlis syura PAS dianggotai agamawan dan selain menetapkan dasar parti, ia juga memantau tindak-tanduk dan menasihati pemimpinnya.

“Pemikiran seperti 70 tahun lalu kena berubah,” katanya.

“Kini bukan sahaja presiden tidak lagi menjadi perdana menteri tetapi perlu ada jawatankuasa menasihati presiden,” katanya.

Mohd Rawi berkata, para Ahli Parlimen Umno yang menang juga perlu membantu perjuangan parti dengan sumbangan bulanan.

Langkah ini turut dilakukan wakil-wakil rakyat PAS wajib memberi sumbangan sebahagian gaji untuk parti.

“Takkan berpuluh-puluh tahun menjadi Ahli Parlimen tidak ada simpanan utuk beri sumbangan kepada parti? Kalau macam itu tidak layak duduk dalam majlia teringgi.

“Kita mendambakan pelapis yang berada dalam pimpinan tertinggi Umno kali ini yang mempunyai watak untuk perang,” katanya.

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin pernah menyatakan PAS menjalinkan kerjasama dengan Umno dan BN kerana beranggapan parti Melayu itu boleh diharap membela Islam.

Namun Hashim turut berkata PAS tidak akan berkompromi dengan semua bentuk kezaliman dan penyelewengan Umno dan BN.

Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/09/akar-umbi-rasa-islam-boleh-ubah-nasib-umno/
Benarkah UMNO Perlu Bergabung Dengan PAS Untuk Terus Relevan? Benarkah UMNO Perlu Bergabung Dengan PAS Untuk Terus Relevan? Reviewed by admin on 20:30 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list