Benarkah PASTI Tidak Sama Dengan TADIKA?

Terdapat beberapa kesilapfahaman masyarakat yang menyamakan PASTI dengan Tadika.

Benarkah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) tidak sama dengan Tadika?


PASTI,  Institusi yang semakin menarik perhatian.

Parti Islam Se Malaysia (PAS) adalah merupakan sebuah parti politik yang berdaftar di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Selaku sebuah pertubuhan berdaftar, PAS boleh menjalankan aktivitinya. Selain menjalankan aktiviti politik, PAS juga mempunyai aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Di antara aktiviti kemasyarakatan PAS adalah menjalankan aktiviti memberi pendidikan kepada kanak-kanak pra-sekolah yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Sejak ditubuhkan pada tahun 1988 dengan matlamat untuk aktiviti kemasyakatan, aktiviti PASTI bukan sekadar memberi perkhidmatan kepada anak ahli PAS, ia diperluaskan kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Memandangkan ia merupakan aktiviti parti, maka aktiviti PASTI digerakkan oleh aktivis-aktivis parti. Selain itu aktivitinya turut dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan.

Berdasarkan situasi di atas, dari segi struktur organisasi serta matlamatnya, PASTI adalah berbeza dengan tadika. Terdapat beberapa kesilapfahaman masyarakat yang menyamakan PASTI dengan Tadika.

Saya berkesempatan diberikan peluang untuk mengendalikan beberapa kes PASTI yang dibawa ke mahkamah.

Di antara isu yang diketengahkan adalah status aktivis dan sukarelawan PASTI yang dikatakan sebagai pekerja. Alhamdulillah penerangan dapat diberikan di mahkamah bahawa mereka adalah sukarelawan yang menyumbangkan tenaga untuk menjayakan aktiviti parti bagi membantu institusi pendidikan negara dalam mendidik kanak-kanak pra-sekolah. Oleh itu peruntukan-peruntukan berkenaan pekerja tidak terpakai ke atas aktivis dan sukarelawan ini.

Satu lagi isu yang turut menarik perhatian adalah berkenaan status PASTI yang cuba disamakan dengan Tadika. Alhamdulillah juga penerangan dapat diberikan dan diterima oleh mahkamah bahawa ia adalah merupakan aktiviti bagi satu pertubuhan yang berdaftar di Malaysia. Oleh itu ia adalah berbeza dan perlu dibezakan dengan operasi Tadika. Standard untuk pengoperasian suatu tadika tidak terpakai ke atas PASTI.

Situasi PASTI yang unik inilah diyakini menjadikan ia semakin menarik perhatian masyarakat baik yang inginkan anak mereka menerima pendidikan PASTI ataupun pihak-pihak yang ingin mengkaji institusi ini. Tahniah diucapkan kepada pencetus PASTI yang menjadikan kedudukan institusi ini sebegini.

Mohd Zamri bin Ibrahim
penulis adalah merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara.

http://harakahdaily.net.my/index.php/berita/15-tanah-air/7076-pasti-institusi-yang-semakin-menarik-perhatian
Benarkah PASTI Tidak Sama Dengan TADIKA? Benarkah PASTI Tidak Sama Dengan TADIKA? Reviewed by admin on 08:22 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list