Benarkah Keghairahan HARAPAN burukkan pentadbiran BN takutkan pelabur?

Mungkinkah punca pelabur asing menjual saham dan membawa keluar dana adalah kerana politiking melampau...

Benarkah Keghairahan HARAPAN burukkan pentadbiran BN takutkan pelabur?

Unit Komunikasi Strategik Umno mendakwa keghairahan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memburukkan pentadbiran BN dahulu telah menakutkan pelabur.

Ia berkata Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) telah susut lebih 100 mata sejak HARAPAN mentadbir negara manakala pelabur asing membawa dana mereka keluar daripada negara.

"Antara punca utama pelabur asing menjual saham dan membawa keluar dana adalah kerana politiking melampau iaitu keghairahan memburukkan BN dengan dakwaan hutang negara lebih RM1 trilion dan (pewujudan) Tabung Harapan (untuk membayar hutang negara)," kata kenyataan itu.

Katanya lagi, antara pihak yang terkesan dengan kemerosotan pasaran saham adalah Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Memetik laporan The Edge, ia berkata pelaburan KWSP dalam sepuluh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia telah merosot sebanyak 12 peratus atau RM6.09 bilion.
"Justeru Umno melahirkan kebimbangan dan memberi amaran, jika aliran menurun di Bursa Malaysia ketika ini berterusan untuk tempoh yang lama, ia bukan saja akan menjejaskan prestasi syarikat pengurus dana seperti KWSP, malah akan turut menjejaskan keupayaannya memberi dividen pada masa akan datang," katanya.

Ia menggesa HARAPAN agar meminta Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar berhenti memberi gambaran buruk kepada ekonomi negara.

"Apa kebaikannnya mengatakan kepada pelabur luar negara bahawa ekonomi negara bankrap?

Apa kebaikannnya mengatakan kepada pelabur luar negara bahawa ekonomi negara bankrap?

"Pelabur luar negara akan takut datang melabur dan yang sudah melabur sudah pasti mahu keluar dari Malaysia," katanya lagi.

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/430366
Benarkah Keghairahan HARAPAN burukkan pentadbiran BN takutkan pelabur? Benarkah Keghairahan HARAPAN burukkan pentadbiran BN takutkan pelabur? Reviewed by admin on 07:08 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list