Benarkah Dr M Akan Berundur Jika Pakatan Tidak Sepakat?

Mungkin akan berlaku pertelingkahan antara saya dengan ramai, ramai orang,...


Dr M: Saya sedia undur jika gagal kerjasama

Dalam satu wawancara dengan Channel News Asia, perdana menteri ketika menjawap satu soalan,  tidak menolak kemungkinan terjadi pertelingkahan antara beliau dan pemimpin Pakatan Harapan pada masa akan datang.

Dr Mahathir berkata beliau akan berundur jika dirinya tidak lagi mampu bekerjasama dengan pemimpin HARAPAN.

Namun, kata perdana menteri itu, pada masa lalu, beliau dapat bekerjasama termasuk dengan mereka yang menentangnya.

"Mungkin akan berlaku pertelingkahan antara saya dengan ramai, ramai orang, tetapi saya sentiasa mampu bertahan dan bekerja dengan mereka yang menentang saya.

"Saya di sana selama 22 tahun, ada ramai yang menentang saya tetapi saya berjaya, jadi jika saya tidak dapat bertahan, saya akan berundur," katanya.

Ditanya sama ada jika beliau boleh memberi jaminan kepada rakyat bahawa segalanya adalah lancar dalam Pakatan Harapan, Mahathir menjawab: "Ketika ini, saya mendapat sokongan padu daripada majoriti rakyat."


Sementara itu, Mahathir berkata pentadbirannya mempunyai pilihan untuk menambat semula ringgit atau "menukar mata wang", tetapi kedua-dua pilihan berkenaan perlu dikaji.

Mahathir melaksanakan kawalan mata wang pada tahun 1998 semasa Krisis Kewangan Asia dengan menambat ringgit pada kadar RM3.80 berbanding dolar AS. Tambatan itu ditarik balik pada Julai 2005 oleh pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika ini, ringgit didagangkan pada RM4.023 berbanding dolar AS.


Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/431370
Benarkah Dr M Akan Berundur Jika Pakatan Tidak Sepakat? Benarkah Dr M Akan Berundur Jika Pakatan Tidak Sepakat? Reviewed by admin on 03:53 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list