Benarkah Anwar Bakal Bertanding Selepas Aidilfitri?

Sumber dalaman PKR yang dihubungi SuaraTV lewat malam tadi berkata, Nurul Izzah Anwar dikatakan akan meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen

Anwar Bakal Bertanding Selepas Aidilfitri Kata Sumber PKR

(Suara TV) – Satu pilihanraya kecil (PRK) bakal diadakan selepas Aidilfitri bagi membolehkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sebagai ahli parlimen.

Sumber dalaman PKR yang dihubungi SuaraTV lewat malam tadi berkata, Nurul Izzah Anwar dikatakan akan meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan satu pilihanraya kecil diadakan.

“Insyallah dalam masa terdekat… mungkin di Permatang Pauh.. paling cepat mungkin selepas sambutan Aidilfitri,” kata sumber itu ringkas yang enggan mendedahkan identitinya.

Sementara itu penulis politik, Mohd. Sayuti Omar (gambar) – sebelum ini turut meramalkan perkara yang sama sambil mendakwa Anwar bakal dilantik sebagai Perdana Menteri bagi mengantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sehabis Anwar menghadap dan berjumpa Sultan dan Raja hendaknya selepas ini dia akan turun gelanggang untuk berjumpa rakyat pula.


“Selepas selesai mudah-mudahan beliau pun akan menjadi PM (kerana sakit) bahu dan belikatnya sudah hilang.

“Saya meramalkan selepas Aidifitri akan ada mana-mana kerusi parlimen dikosong untuk ditandingi oleh Anwar (dan) semua persiapan sedang diatur,” katanya melalui satu status yang dimuatkan dilaman Facebook.

Anwar semalam menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan sebagai kunjungan hormat selepas beliau dibebaskan pada 16 Mei lalu.

Selasa lalu, beliau menghadap Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Minggu lalu pula, Anwar dan isteri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadap Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Beliau turut menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Sebelum ini, Anwar menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, sebaik dibebaskan.

Sumber:
http://www.malaysia-today.net/2018/06/01/anwar-bakal-bertanding-selepas-aidilfitri-kata-sumber-pkr/




Buat masa ini, Nurul Izzah masih menafikan beliau akan meletakkan jawatan. 


Berita penafiannya seperti berikut:



Satu berita palsu yang sangat jelas dan nyata. Jangan dilayan berita palsu ini.

Nurul Izzah nafi letak jawatan

KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar menafikan laporan sebuah portal kononnya beliau akan meletak jawatan Anggota Parlimen Permatang Pauh untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan bagi memberi  laluan kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertanding di kawasan itu.

Nurul Izzah, yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata laporan itu adalah berita palsu dan ia tidak sedikit pun menggangu tugasnya sebagai wakil rakyat sejak dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas.

“Satu berita palsu yang sangat jelas dan nyata. Jangan dilayan berita palsu ini. Jika ayah saya kembali ke dunia politik, beliau pasti akan menganjurkan sidang akhbarnya sendiri untuk umumkan perkara tersebut.

"Saya ada tugas untuk rakyat Permatang Pauh. Hari ini saya berbincang mengenai program banteras gejala dadah. Esok sampai Ahad saya akan ke sana untuk program pasca banjir dan urusan berkaitan rumah pam,” katanya ketika ditemui Bernama sewaktu menjadi tetamu program ‘The Nation' terbitan Bernama News Channel (BNC) pada Jumaat.

Sebuah portal hari ini, kononnya memetik sumber dalaman PKR, mendakwa Nurul Izzah akan mengundur diri bagi membolehkan Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan pilihan raya kecil diadakan selepas Aidilfitri. (REF http://suara.tv/01/06/2018/anwar-bakal-bertanding-selepas-aidilfitri-kata-sumber-pkr/#).

Pada  PRU14, Nurul Izzah mengekalkan penguasaan PKR di Parlimen Permatang Pauh sejak 1998 apabila menang denga majoriti 15,668 undi selepas memperoleh 35,534 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (19,866 undi) dan Afnan Hamimi Taib Azamudden daripada PAS (14,428 undi).

Pada 16 Mei lepas, Anwar, juga Ketua Umum PKR, diberikan pembebasan serta-merta selepas mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Ketua Umum PKR itu menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan dengan kesalahan meliwat.- Bernama

Sumber:
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/06/01/nurul-izzah-nafi/#pzpR7rCPzqUroyGX.99
Benarkah Anwar Bakal Bertanding Selepas Aidilfitri? Benarkah Anwar Bakal Bertanding Selepas Aidilfitri? Reviewed by admin on 17:43 Rating: 5

No comments

Recent in Recipes

3/Food/post-list